Pages

Thursday, November 20, 2014

Keropok Lekor

Keropok Lekor merupakan salah satu makanan tradisi Negeri Terengganu. Saya mula kenal dan suka makan Lekor ni selepas saya pernah melawat ke Negeri Terengganu semasa kursus waktu persekolahan dulu.

Jadi hari ni, saya mau share la pasal lekor ni. Since saya suka makan lekor, jadi kalau ada pasar-pasar malam or tamu-tamu yang jual makanan tu, mesti saya akan cari lekor. Tapi kan mesti rasa tu lekor tidak cukup "uhm" sebab tu lekor lebih banyak tepung dari isi ikan. 

Tapi ni kali, saya mau share pasal keropok lekor ni. Bukan made in Terengganu tapi made in Bintulu, Sarawak. Memang lah susah kalau mau makan lekor yang betul-betul asli dari Terengganu kan, jadi mesti akan ada usahawan tempatan yang belajar buat ni lekor. So saya mau kenalkan seorang usahawan yang buat lekor ni.
Keropok lekor yang puan ni buat memang sedap, cukup rasa isi ikannya. Memang sedap. Saya beli 2 paket pun tidak cukup. So pada siapa-siapa yang berminat mau buat tempahan or mau mencuba, boleh hubungi nombor hp yang ada di gambar. Rugi kalau tidak cuba, especially untuk orang-orang yang tinggal sekitar Bintulu, Sarawak. Manatau ada yang mau buat jamuan petang or pagi ka boleh juga ni cari Pn. Norlizan, orangnya pun peramah juga. Marilah kita sokong usahawan-usahawan tempatan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for drop by :)