Pages

Friday, November 21, 2014

My Orchid

Sejak tinggal di rumah sendiri selepas kawin, saya mula minat mau tanam bunga. Kiranya supaya kasi cantik tu halaman rumah lah bah walaupun tinggal di rumah kecil saja. Masalahnya sini tempat saya tinggal susah mau cari bunga yang berjual macam di pasar tani or tamu-tamu ni. Kalau ada pun tidak banyak pilihan and kurang menarik.

Jadi asal saya balik kampung, pandai la saya mengangkut 1 or 2 pokok balik sini untuk tanam sendiri. Saya angkut pun dari mami saya punya kebun juga, sebab dia memang tanam and berniaga bunga di pasar tani. Masalahnya kan asal saya bawa balik sini, mesti tu bunga mati or tidak jadi disebabkan kalau saya balik kampung lagi, terus tu tanaman saya tidak kena jaga la, kena kacau kucing la. Jadi nanti angkut lagi tanaman baru pigi sini.Sebenarnya kan time bujang-bujang dulu, kurang betul minat mau tanam-tanam ni. Tukang tengok mami saya menanam ja. Hahaha..

Jadi tahun lepas saya mula minat tu orkid, lagi pun orkid ni tidak perlu selalu siram. Jadi saya rasa sesuai betul kalau di jaga. Saya minta la anak orkid dari mami saya, kalau sudah anak orkid kena la banyak bersabar supaya tu orkid berbunga. So saya jaga la sebaik mungkin, then saya tambah juga koleksi-koleksi orkid yang saya beli secara online. 


Selepas beberapa bulan saya jaga, kasi baja akhirnya ada juga orkid saya yang berbunga. Punya saya gembira sebab ada juga yang menjadi. Then untuk mengelakkan daripada gangguan si kucing saya gantung la semua tu tanaman-tanaman saya. Lagi pun saya memang sengaja juga cari tanaman yang sesuai untuk digantung. Tu nah gambar orkid saya yang berbunga, dua-dua jenis bunga dia yang comel ni. Tapi yang penting cantik and tahan lama sudah. Saya rasa macam mau 3 bulan sudah orkid ni berbunga. 

So, ada di antara kamu yang minat berbunga-bungaan juga ka?

Thursday, November 20, 2014

Keropok Lekor

Keropok Lekor merupakan salah satu makanan tradisi Negeri Terengganu. Saya mula kenal dan suka makan Lekor ni selepas saya pernah melawat ke Negeri Terengganu semasa kursus waktu persekolahan dulu.

Jadi hari ni, saya mau share la pasal lekor ni. Since saya suka makan lekor, jadi kalau ada pasar-pasar malam or tamu-tamu yang jual makanan tu, mesti saya akan cari lekor. Tapi kan mesti rasa tu lekor tidak cukup "uhm" sebab tu lekor lebih banyak tepung dari isi ikan. 

Tapi ni kali, saya mau share pasal keropok lekor ni. Bukan made in Terengganu tapi made in Bintulu, Sarawak. Memang lah susah kalau mau makan lekor yang betul-betul asli dari Terengganu kan, jadi mesti akan ada usahawan tempatan yang belajar buat ni lekor. So saya mau kenalkan seorang usahawan yang buat lekor ni.
Keropok lekor yang puan ni buat memang sedap, cukup rasa isi ikannya. Memang sedap. Saya beli 2 paket pun tidak cukup. So pada siapa-siapa yang berminat mau buat tempahan or mau mencuba, boleh hubungi nombor hp yang ada di gambar. Rugi kalau tidak cuba, especially untuk orang-orang yang tinggal sekitar Bintulu, Sarawak. Manatau ada yang mau buat jamuan petang or pagi ka boleh juga ni cari Pn. Norlizan, orangnya pun peramah juga. Marilah kita sokong usahawan-usahawan tempatan.

Monday, November 17, 2014

Kek Hati Pari@Parek

I really love baking, so when I have time to bake I will always find a new recipe or a recipe that I usual do to bake. So here I will share a picture and recipe 1 of my successful cake that I bake.


Bahan-bahan: Loyang 9"x 9"
  • 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
  • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
  • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk > resepi browning sugar)
  • 1 kati / 600 g kismis hitam
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)
Cara-cara
  1. Kismis dihiris halus atau ditumbuk.
  2. Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
  4. Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.
  5. Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.
  7. Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
  8. Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
  9. Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
  10. Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
  11. ***utk info, dyg hanya masak setengah adunan shj dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). jd, sesape yg nk buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.
  12. ***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.  

Recipe taken from Koleksi Resepi Cik Bee